Aku mendengar berita daripada temanku..
Tentang pelbagai cerita di sekolah lamaku..
Membuatku tersenyum ada ketikanya..
mengenang kembali zaman remajaku..
Sungguh riang zaman persekolahan..
Ada ketika duka dikongsi bersama..
Ada masa gembira tawa membuatkan aku dan mereka
tidak henti ketawa..
Begitulah dahulu..Hingga kini semua itu bagaikan sepi membisu..
Inginku kembali ke waktu itu...
Sama seperti temanku yang lain..
Mereka juga memperkatakan maudu' yang serupa..
Mungkin bukan sahaja kami..
Mungkin juga anda semua sama..
Aku mendengar kisah ada guruku akan berpindah..
Aduh,sungguh besar kehilangannya..
Walaupun bukanlah aku pelajar pintar bagi subjeknya..
Namun dia merupakan guru "EXCELLENT" dlm bidangnya..
Ada juga aku mendapat berita..
Bahawa seorang guruku hamil keguguran pula..
Hiba aku menyambut berita..
Dia juga seorang guru berjaya..
Sama seperti guru lain..
Senantiasa berjaya..
Lihatlah kami..
Sudh cukup untuk menentukan manzilah terbaik utk mereka..
Cukuplah memberi contoh Syazwan,Sohaib dan juga Dalila..
Tidak kurang hebatnya mereka yang lain..
Kerana kami generasi 7 Bestari..
Bukan pada nama,tetapi realiti..
Itulah kalam keramat mantan pengetua kami..
Oh!aku mendapat tahu juga..
Rancak sungguh pemilihan ketua umum baru..
Bakal memandu kepimpinan hadapan..
Semoga berjaya daku ucapkan..
Kepada deligasi SpM 09..
Tabahkan hati harungi cabaran..
SpM bukan mainan tetapi penuh dengan cita dan harapan..
Menjawab bukan dengan tanggapan tetapi dengan kepastian..
Pelbagai lagi peristiwa sahabatku hikayatkan..
Mungkin tidak cukup semuka jika dikarang..
Kerana bercerita masa lalu bagaikan berada pada masa itu..
OH..sungguh syahdu..
Aduh,ada bening air mata mula memancar..
Melihat kembali foto2 kenangan..
Bersama sahabat juga taulan..
Namun,ada sinar kebahagian mula memancar..
Saat kulihat kejayaan mereka dalam pelajaran..
Bukan sahaja ditimur mahupun selatan..
Di pelusuk dunia juga mereka kelihatan..
Ah..mungkin satu masa ketika nanti..
Kita semua akan berjumpa..
DAN..ketika itu..
jangan ada senyuman walau 1terputus pada wajah kita..
Senyumlah sepuasnya..
Agar hari2 mendatang..
Tidak lagi kita kecewa kerana semalam..
Seperti semalam yang lalu.
Yang telah berlalu..dan berlalu..
Jauh di Sudut Hati Hattarazian @ 12:58 AM
|
9Secebis Kata