<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d1400166854918976544\x26blogName\x3d::haLL+Of+FamE::thE+7th+geN\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://7thgenesis.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://7thgenesis.blogspot.com/\x26vt\x3d-6123901973924325048', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Thursday, December 29, 2011

assalamualaikum :)

mungkin anda pernah mndgr kata2 "susahnye jd wanita islam.itu x bole ni x bole.alangkah bagusnye jd lelaki,bebas dan haknye lebih tinggi drpd wanita dlm sume perkara."

Antara perkara atau peraturan yg sering d jdikan bahan rungutan adalah :
-sshnye jage aurat wanita berbanding lelaki
-wanita perlu mnta izin suami jika ingin kuar rumah tp lelaki bebas ke mane sje
-wanita wajib taat kpd suaminye tp suami x perlu taat pd isteri
-wanita berhadapan dgn kesusahan ktike hamil dan mlahirkan
-talak d tgn suami dan bkn isteri
-wanita juga kurang beribadah d sbbkan nifas dan haid manakala lelaki x bhdapan dgn halangan itu

itu kata anda..tetapi pernhkah anda bfikir d sblik ksukaran dan ksulitan tu sbnrnye btujuan mlindungi dan meningkatkan martabat seorg wanita??sume tu ade sebab musababnye...

1)sshnye jage aurat wanita berbanding lelaki.
Aurat wanita adalah suatu yg amat mahal dan bharga dan krane itulah ia perlu d jage dan d belai serta d smpan d tmpt yg slmt. Umpama batu permata yg d smpn d tmpt khas dan bkn d biarkan berselerak. itulah bandingan wanita Muslimah dgn wanita jalanan.


2)wanita perlu mnta izin suami jika ingin kuar rumah tp lelaki bebas ke mane sje.
Seorg lelaki d akhirat kelak akn dipertanggungjwbkan trhadap 4 wanita iaitu isteri,ibu,anak pmpuan dan saudara pmpuannye,sementara wanita pula,tanggungjwb terhadapnye dtanggung oleh 4 lelaki iaitu suami,ayah,anak lelaki dan saudara lelakinye.


3)wanita wajib taat kpd suaminye tp suami x perlu taat pd isteri.
Jangan kita fikir wanita sje perlu taat kpd suami,suami jgak wajib taat kpd ibunya, malahan 3x lebih utama drpd bapanya..bukankah ibu seorg wanita??seorg lelaki perlu bjihad fisabilillah tp wanita cukup skadar taat pd suami dan mnunaikan tanggungjawabnya kpd Allah akn mndpt pahala same spt org pegi bjuang.


4)wanita berhadapan dgn kesusahan ktike hamil dan mlahirkan.
mmg x d nafikan saat hamil dan mlahirkan mmg waktu yg sukar dan mnyakitkan.tapi kita perlu ingt, ktike hamil, seluruh makhluk dan malaikat mndoakan kesejahteraan kita dan sekiranye kta mati,ia adalah mati syahid.


5)wanita juga kurang beribadah d sbbkan nifas dan haid manakala lelaki x bhdapan dgn halangan itu.
Seorg wanita bole memasuki syurga mlalui pntu mne pun yg dye suke jika mnjage solat lima waktu,puasa ramadhan,taat suami dan jage kehormatannya.


Lihatlah betapa Allah mnyayangi hambanya yg bgelar seorg wanita dan mninggikan darjat mereka.tapi anda msih rse x adil dan rse golongan lelaki lebih mulia dan tinggi drjtnye sdgkan kaum wanita lebih mudah memasuki syurga dbandingkan lelaki.

Jagalah aurat kerana ia titik permulaan untuk anda mnjadi wanita solehah seterusnye mnjdi penghuni syurga d akhirat kelak.Jangan merase xcntik bile mnutup aurat krana kcantikan sebenar adalah apabila anda memeliharanya dan x memperlihatkannye kpd org len.

Berbahagialah mnjdi seorg muslimah kerana tiket untuk anda bergelar penghuni syurga terbentang luas....Bersyukurlah dgn siapa diri anda kerana dgn merasai knikmatan tersebut membuatkan anda sedar betapa mulianye anda di sisi Allah SWT...

(p/s:bertuahnye jd seorg wanita..alhamdulillah :))
sekian sje....nukilan d ambil dari..mjlh Nur ^_^

Jauh di Sudut Hati Nur Faezah Anuar @ 2:09 PM | 1Secebis Kata

Tuesday, December 13, 2011



Jom Belajar Luar negara (destinasi : Bumi Syams,Jordan)




Jom belajar luar negara! :)
(Bahagian 1)

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. [Itu telah menjadi] janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya [selain] daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual-beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (9:111) Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji [Allah], yang mengembara [demi ilmu dan agama], yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mu’min itu. (9:112)


Alhamdulillah.Rata-rata dari adik-adik tingkatan 5 2011 sudah selesai menamatkan pengajian diperingkat sekolah menengah bukan?Semoga hari-hari penuh debaran yang dilalui bermula hari tamatnya SPM sehinggalah saat keputusan diumumkan nanti disusuli dengan tahajjud cinta dan doa berpanjangan kepada Allah.Moga-moga Allah kurniakan sesuatu yang terbaik untuk adik-adik.

Dan dalam fatrah sekarang,tidak boleh tidak,pasti adik-adik sedang sibuk memikirkan ke mana hala tuju selepas SPM.Ke bumi mana untuk diterokai bagi meneruskan cita-cita.Ke lembah mana untuk dijelajahi bagi mencapai segulung ijazah dalam bidang yang diminati semenjak awal usia.

Maka dengan itu,kami para senior berbesar hati untuk mempromosi sebuah benua yang sarat dengan sinergi ilmu sains sosial dan sains tulen,iaitu The Hashemite Kingdom of Jordan.

Insya Allah,selepas SPM pilihlah sama ada ingin meneruskan pengajian dalam bidang syariah seperti Usuluddin,Usul Fikh,Ekonomi dan perbankan Islam di Yarmouk university serta Bahasa Arab.Atau bagi yang berminat meneruskan cita-cita untuk menjadi seorang doktor atau doktor gigi,Jordan University Science Of Technology yang pernah dinobatkan sebagai universiti terbaik dalam bidang pengkajian saintifik dan teknologi menjanjikan sebuah kejayaan untuk adik-adik.Insya Allah.

Berkenaan dengan sistem pengajian di Universiti Yarmouk.pihak universiti tidak mengehadkan tahun pengajian.Apa yang penting ialah menghabiskan semua subjek yang disediakan bagi setiap bidang.Kebiasaannya pelajar Malaysia mengambil masa 4 tahun untuk menghabiskan pengajian.Terdapat 3 sem dalam satu Tahun.Semester 1,semester 2 dan semester soifi [musim panas] yang mana sem soifi ini adalah sem pilihan.

Manakala untuk universiti JUST pula,tahun pengajian bagi tahun satu,dua dan tiga dikenali sebagai tahun pra-klinikal.Manakala tahun empat,lima dan enam adalah sebagai tahun klinikal.Sistem peperiksaan menggunakan komputer dan assigment atau kerja luat mengikut kemahuan doktor.

Kelebihan?Terlalu banyak.Dengan kedudukan yang berhampiran dengan negara-negara Arab yang lain serta negara Eropah,Jordan juga menjadi salah sebuah negara yang turut mengalami iklim 4 musim yang tidak mungkin kita peroleh di Malaysia.

Selain itu,dari sudut khazanah ilmu,tersangat banyak memandangkan kebanyakan buku-buku agama yang ditermjemahkan di Malaysia boleh dijumpai di sini.Selain itu,kelas-kelas tafaqquh,kelas Al-Qur'an dan sebagainya memberikan ruang dan peluang yang besar untuk adik-adik lebih mendalami ilmu agama di sini tidak kira bagi pelajar aliran agama mahupun pelajar aliran sains
.
Jordan juga kaya dengan tempat-tempat tinggalan sejarah Rom,Islam dan umat-umat terdahulu seperti Ummu Qays,Petra,Wadi Ram,makam-makam sahabat,Laut Mati dan sebagainya.Hal ini membolehkan adik-adik untuk sambil menyelam minum air dengan menikmati dan menghayati serta memperoleh ibrah sepanjang keberadaan anda di Jordan sebagai seorang mahasiswa.

" Kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan [rasul-rasul]. (3:137)"

Akhir kalam,sambunglah pengajian anda ke Jordan yang bakal mengubah adik-adik menjadi seorang mahasiswa yang punya matlamat hidup.Kerana insya Allah,bumi barakah ini bukan sahaja sarat dengan ilmu tetapi padat dengan fikrah dan suasana tarbiyah yang sukar diperoleh di Malaysia.Insya Allah.Apa yang penting,Luruskan niat,bulatkan tekad,tetapkan matlamat.Semoga pengajian adik-adik di sini bukan sekadar membawa pulang segulung ijazah,tetapi membawa sesuatu untuk mengubah dunia!

" Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’min itu pergi semuanya [ke medan perang]. Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. (9:122) "


-Kerjasama Alumni Bestari Jordan-

Labels:

Jauh di Sudut Hati Hattarazian @ 8:12 PM | 0Secebis Kata

-Welcome to the Official Blog of SAMBESTARI 7th Generation-