<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d1400166854918976544\x26blogName\x3d::haLL+Of+FamE::thE+7th+geN\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://7thgenesis.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://7thgenesis.blogspot.com/\x26vt\x3d-6123901973924325048', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Thursday, August 26, 2010

Assalamualaikum w.b.t.,

Tempoh hari, saya ketemuan dengan seorang adik SAMBEST tatkala selesai solat tarawih di salah sebuah masjid di Shah Alam.

Seperti biasalah apabila bertemu dengan rakan mahupun junior dari alma mater mestilah hendak bertanyakan perkembangan terkini institusi itu.

Soalan itu seolah-olah menjadi soalan 'melepas syarat' untuk menunjukkan sifat cakna kepada sekolah.

Akan tetapi...

Maklumat yang saya terima pada malam itu bukanlah dari jenis yang menyenangkan.

Selain warna musolla yang "luar biasa" sekolah kemungkinan mempunyai masalah yang lebih serius.

Ada maklumat yang tidak berapa terperinci bahawa sejumlah pendidik ada kemungkinan mahu berpindah ke tempat-tempat lain untuk mendidik.

"Biasalah, kan? Mesti naik pangkat kan?"

Jawapan yang saya terima adalah tidak. Atas kehendak diri sebenarnya.

Saya tidak tahu siapalah guru-guru yang dikhabarkan itu; tidak sempat mengorak rahsia yang tersumbat di rongga akal junior itu.

'The big picture' di sini ialah mungkinkah ada suatu sebab yang munasabah yang menyebabkan guru-guru berpindah ke tempat lain?

Ini satu soalan yang perlu kita cari jawapan.

Setakat ini sahajalah maklumat yang dapat dikongsi.

Rakan-rakan lain yang mempunyai akses dan sumber yang boleh dipercayai bolehlah mengambil initiatif untuk membuktikan khabar-khabar ini.

Moga-moga apa-apa yang bakal diperolah tidaklah memberi isyarat bahawa SAMBEST dilanda badai-badai yang membinasa.

Sekian sahaja.

P.s. bukak puasa re-u nanti pandai2lah igt dunia. Jgnlh nk mentekedarah... ha ha ha

Jauh di Sudut Hati Husha @ 2:57 PM | 2Secebis Kata

Tuesday, August 24, 2010

URL CHANGING.

salam. aip, everybody! nice to hear all of you are planning on a grand reunion. alhamdulillah, at last, the-long-time-planning-plan succeed.

ok. just one issue. i have change my blog's url. but still buta IT. i dont know how to inform to all of u. i think this is the best medium.

so, here it is.. hajar azhar klik la ek. it's a better url i guess. heee.. happy reunioning~~

Allahua'lam

Jauh di Sudut Hati siti-situ-sana-sini @ 8:25 AM | 2Secebis Kata

Sunday, August 22, 2010

REUNION 7TH GENESIS

MAJLIS BERBUKA PUASA

LOKASI : SUMMIT HOTEL
HARI : ISNIN
TARIKH : 6 HB SEPTEMBER 2010
MASA : BERMULA JAM 7 P.M
BAYARAN : RM45 per head

TEMA : Pakaian Kebangsaan, Baju Batik, Kemeja, Sopan.
KEHADIRAN : Dianggarkan 100-120 orang.
KUMPULAN SASARAN : Sambestari batch 2004-2008

*Penasihat - Amir Fikri (0133260373)

*Bendahari - Mohd Deenie (0133313774). Pembayaran through Bank-in melalui akaun 12065020089037.

*Unit Pendaftaran dan Pengesahan Kehadiran -
Putera - Zairy Fahmy (0133260405)
Puteri - Rye Raihanah (0137502589)
- Atiqa Azman (0133215166)

*Unit Aturcara Majlis - Nasrul Asyraf (0133192926)

*Unit Fotografi dan Publisiti - Muhd Hidayat (0172038080)

*Unit Cenderahati - Mohd Hasrul (0133260409)

p/s:Segala permasalahan yg berkenaan bolehlah dirujuk pada ajk2 yg terlibat. Harap maklum =)

Jauh di Sudut Hati 7thbestari @ 11:12 PM | 4Secebis Kata

Saturday, August 14, 2010

Semoga berjaya!~

Semoga berjaya di ucapkan kepada semua junior Sambestari yang bakal menduduki imtihan percubaan PMR,SMA dan SPM pada minggu hadapan.Semoga Allah memberkati dan memberi ketenangan serta kemudahan kepada kalian.

Kami bekas murid sesi 2004-2008 sentiasa mendoakan kejayaan kalian.Semoga ramadhan kali ini membawa seribu pengertian dan istinbat dalam kehidupan kita sehari-harian.

Salam ukhuwah dan ihya' ramadhan.

Jauh di Sudut Hati Hattarazian @ 12:39 AM | 0Secebis Kata

Tuesday, August 3, 2010

Reunion kita.

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum W.B.T

Ramadhan semakin menghitung hari.Tinggal beberapa pusingan waktu sahaja lagi Syaaban bakal melabuhkan tirainya dan Ramadhan As-Syarif pula akan mengambil tempat.Bahangnya mula terasa.Sana sini manusia mula melakukan pelbagai jenis persiapan.Pengganti-pengganti puasa pula memulun habis hari yang berbaki untuk diganti.

Tidak kira di timur mahupun selatan.Semuanya masih sama.Kita masih generasi Sam Bestari yang 7.Kita masih lagi sahabat yang telah dipertemukan Allah di bawah 1 bumbung yang sama.Kita masih lagi sahabat yang menjalin ukhuwah pada suatu masa dahulu.

Kini,sesi kedua bakal bermula.Ada yang bakal bertolak ke Mesir ada juga yang bakal ke Australia.Walau jauh jarak memisahkan,semoga hubungan persaudaraan yang telah terjalin tetap utuh terikat.

Oleh itu,ada ura-ura mengatakan kita bakal mengadakan reunion 7th Genesis pada Ramadhan yang bakal menjelma bersempena 2 tahun kita mengakhiri zaman persekolahan serta bagi meraikan sahabat-sahabat yang bakal bertolak ke luar negara tidak lama lagi.

Saya mengharapkan pihak tertentu dapat mentakkidkan perkara ini agar semua sahabat tidak tertanya-tanya lagi tentang kesahihannya..Bagi yang ingin mengendalikan majilis ini sangat dialukan dan diucapkan ribuan terima kasih..hihi..

Sekian.

Jauh di Sudut Hati Hattarazian @ 10:07 PM | 0Secebis Kata

assalamualaikum w.b.t

sekadar berkongsi apa yang empunya diri tahu..

fathin nur aqilah, fatin atiqah , nur atiqah azman n deenie da balik Malaysia..

siti hajar dana dibah husna sedang membuat ibadah umrah

hatta shafri dan haniff zikri sudah berpeluang menunaikan umrah..

alhamdulillah,
semuanya khabar yang baik-baik daripada mereka

buat semua,
jaga diri, jaga hati..


p/s : ura-ura nak wat reunion iftar khladun.. ada tak nih?

Jauh di Sudut Hati Nurul Athirah @ 8:35 AM | 2Secebis Kata

-Welcome to the Official Blog of SAMBESTARI 7th Generation-