<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d1400166854918976544\x26blogName\x3d::haLL+Of+FamE::thE+7th+geN\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://7thgenesis.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://7thgenesis.blogspot.com/\x26vt\x3d-6123901973924325048', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Thursday, August 26, 2010

Assalamualaikum w.b.t.,

Tempoh hari, saya ketemuan dengan seorang adik SAMBEST tatkala selesai solat tarawih di salah sebuah masjid di Shah Alam.

Seperti biasalah apabila bertemu dengan rakan mahupun junior dari alma mater mestilah hendak bertanyakan perkembangan terkini institusi itu.

Soalan itu seolah-olah menjadi soalan 'melepas syarat' untuk menunjukkan sifat cakna kepada sekolah.

Akan tetapi...

Maklumat yang saya terima pada malam itu bukanlah dari jenis yang menyenangkan.

Selain warna musolla yang "luar biasa" sekolah kemungkinan mempunyai masalah yang lebih serius.

Ada maklumat yang tidak berapa terperinci bahawa sejumlah pendidik ada kemungkinan mahu berpindah ke tempat-tempat lain untuk mendidik.

"Biasalah, kan? Mesti naik pangkat kan?"

Jawapan yang saya terima adalah tidak. Atas kehendak diri sebenarnya.

Saya tidak tahu siapalah guru-guru yang dikhabarkan itu; tidak sempat mengorak rahsia yang tersumbat di rongga akal junior itu.

'The big picture' di sini ialah mungkinkah ada suatu sebab yang munasabah yang menyebabkan guru-guru berpindah ke tempat lain?

Ini satu soalan yang perlu kita cari jawapan.

Setakat ini sahajalah maklumat yang dapat dikongsi.

Rakan-rakan lain yang mempunyai akses dan sumber yang boleh dipercayai bolehlah mengambil initiatif untuk membuktikan khabar-khabar ini.

Moga-moga apa-apa yang bakal diperolah tidaklah memberi isyarat bahawa SAMBEST dilanda badai-badai yang membinasa.

Sekian sahaja.

P.s. bukak puasa re-u nanti pandai2lah igt dunia. Jgnlh nk mentekedarah... ha ha ha

Jauh di Sudut Hati Husha @ 2:57 PM

2 Comments:


Blogger deenierodzhan said...
yup yup. kami perlukan jwpn!
ak ade dgr gak guru-guru nk pndh,
malah wktu ktorg dak2 dari mesir mlawat cikgu2 bru2 ni, ade bbrpe cikgu kte nk pndah. x pasti sama ade mereka nak atau ditukarkan oleh kementrian atau sbgainye.
August 29, 2010 at 5:07 PM  

Blogger kl3tz said...
alma mater?
amende tuh?
dura mater penah dengar laa
September 1, 2010 at 10:46 AM  

Post a Comment

Home

-Welcome to the Official Blog of SAMBESTARI 7th Generation-