Tamat..
Begitulah berakhirnya kalamku sejurus final exam 1 usai..
Rasa bagaikan tamat segala-galanya di dunia ini..
Alangkah zuq rasanya imtihan di alam universiti...
Aku tidak tahu bagaimana sahabat lain,
tetapi aku rasa ia merupakan 1 rembesan
rasa yang sama bagi kami yang baru menerjah alam universiti..
Jika dahulu,peperiksaan 3 subjek secara berterusan
merupakan perkara biasa bagiku dan sahabat lain..
Kini jika 2 subjek sehari pun boleh mendatangkan penyakit
sawan yang menggila..
Paling minima pun pening kepala dan muntah monggek..
Di alam universiti semuanya berbeda..
Tiada yang sama..
Jika lalai binasalah jawabnya...
Jika tertidur lena tiada hujungnya...
Namun..
Alam universiti bukanlah satu keazaban..
Bahkan 1 peluang untuk terus maju dan kehadapan..
Bukan mundur dan ketinggalan..
Ah,cuma cabaran selalu menjadi perintang dalam litar kehidupan..
Tapi,kita harus kuat melawan arus...
Agar kita juga bukan perintang yang merintangi hidup sendiri..
Jauh di Sudut Hati Hattarazian @ 4:35 PM
7 Comments:
cuti manfaatkan bersama!!
Post a Comment
Home